Industri media paling dekat di hati saya - Ismail Sabri

Industri media paling dekat di hati saya – Ismail Sabri

Pinjaman
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada seluruh pengamal media di negara ini sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) hari ini.

Beliau berkata, media merupakan industri paling dekat kepadanya menyingkap tawaran pekerjaan pertama diperolehnya sebagai Pembantu Penyiaran di saluran televisyen kerajaan, RTM.

“Peranan media amat penting bagi melaporkan berita yang sahih dan tepat terutama di zaman yang terlalu banyak berita palsu dan fitnah yang tersebar meluas hampir setiap masa.

“Kerajaan mesti memberi jaminan kebebasan media. Amat malang jika media dikongkong dan disekat kebebasan mereka.

“Saya berharap sambutan pada tahun ini diraikan sebaiknya bagi menghargai segala sumbangan yang telah diberikan oleh seluruh wartawan dan pengamal media,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur.

Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional.

Tarikh 29 Mei yang diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (Hawana) itu dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sambutan Hawana 2023 bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok kira-kira pukul 2 petang di Hotel Casuarina @Meru semalam.

Anwar berkata, media harus bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh selain menegaskan beliau sedia menerima kritikan daripada media.

Menurutnya, kerajaan sedia ‘bertempur’ terhadap mana-mana kritikan oleh media dengan mengemukakan hujah jika terdapat kelemahan dalam pentadbiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya