Imigresen serbu premis tawar sindiket seks sejenis 

Imigresen serbu premis tawar sindiket seks sejenis 

IMIGRESEN menyerbu premis menawarkan khidmat urut dan seks songsang didalangi warga asing di ibu negara, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menumpaskan sindiket didalangi warga asing yang menawarkan khidmat seks sejenis di sebuah pusat urut di ibu negara.

Kegiatan sindiket dipercayai mengaut keuntungan hampir RM650,000 hasil daripada perkhidmatan urut dan seks songsang itu dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen pada 7.15 malam, Selasa lalu. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pasukan operasi menyerbu premis dua tingkat dan menahan seramai enam lelaki warga asing yang bekerja sebagai tukang urut dan penjaga premis.

Katanya, selai. khidmat urutan kepada lelaki, mereka juga menyediakan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan. 

“Turut berada di premis ketika serbuan ialah beberapa pelanggan warga tempatan.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada lima lelaki warganegara Indonesia dan seorang lelaki Myanmar yang berusia antara 26 hingga 38 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki Indonesia yang ditahan adalah penjaga premis ataupun dipanggil ‘Daddy’ oleh semua tukang urut.

“Pemeriksaan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan sah, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan ada yang menyalahgunakan pas.

“Sindiket ini beroperasi di premis perniagaan dua tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai pusat urut dan tingkat dua sebagai tempat tinggal,” katanya.

Ruslin berkata, kegiatan tersebut dipercayai mula beroperasi tahun lalu dan modus operandi mereka ialah mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di kumpulan laman sosial, kumpulan WhatsApp dan Telegram.

Jelasnya, pelanggan yang berminat akan menghubungi nombor telefon yang dinyatakan dan akan dikongsikan gambar-gambar seksi tukang urut lelaki bagi membuat pilihan tukang urut serta pakej khas.

“Daddy pula akan memberikan lokasi pandu arah kepada pelanggan. Bayaran bagi perkhidmatan urut adalah RM200 hingga RM300 untuk tempoh satu jam bergantung kepada ‘pakej’ yang dipilih.

“Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan sebanyak hampir RM650,000 hasil daripada perkhidmatan urut dan seks songsang,” katanya.

Tambahnya, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Tujuh lelaki tempatan yang berada di lokasi ketika serbuan pula dikenakan notis hadir memberi keterangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya