'Ice breaking', cari rakan komponen parti lain

‘Ice breaking’, cari rakan komponen parti lain

ANAK bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa hadir pada Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi permulaan Konvensyen Pemuda Perpaduan dimulakan dengan meminta mencari rakan daripada parti komponen lain untuk bergambar. 

Gambar tersebut kemudiannya diminta untuk memuat naik di laman media sosial masing-masing dengan hashtag #binabersama.

Menjadikan ia sebagai ‘ice breaking’ bagi setiap para peserta, konvensyen ini merupakan pertama kali dalam sejarah membabitkan 19 parti di dalam Kerajaan Perpaduan bagi memperlihatkan solidariti dalam kalangan parti gabungan.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata, ia diadakan sebagai manifestasi, iltizam, keazaman termasuk komitmen dari seluruh kepemimpinan parti gabungan ini dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. 

“Kita nak bergerak ke hadapan (dengan) fokus kepada rakyat. Isu sekarang ini melibatkan ekonomi, selain memastikan kemakmuran, keselesaan dan mereka dapat pekerjaan dengan gaji bermaruah dan hidup dalam rukun damai.

“Jadi, ini soal-soal yang terkait dengan pembinaan negara bangsa dan juga konsep Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Setakat jam 9.50 pagi, turut hadir beberapa pimpinan utama pemuda dari pelbagai parti termasuk Ketua Pemuda PH, Kelvin Yii; Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda PKR, Adam Adli Abd. Halim yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN