MELAKA: Kira-kira 50 pesawah yang mengusahakan hampir 100 hektar (ha) tanaman padi di Paya Luboh dan Seberang Gajah, Tangga Batu dekat sini lega hujan sejak tiga hari lalu membawa rahmat untuk mereka kembali semula membajak. Sebelum ini mereka dilanda kebimbangan selepas sawah kering kerontang dan sukar untuk membuat batas kerana tanah keras bagi memulakan aktiviti menanam semula padi selepas tertangguh akibat cuaca panas. Ketua Unit Peladang Paya Luboh, Zahedan Udiniah berkata, sebahagian besar petani kini lega selepas hujan dan sawah digenangi air memudahkan mereka untuk menanam selepas tamat musim menuai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya