Hentikan kemelut politik - Utusan Malaysia

Hentikan kemelut politik

NADZIM JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hentikan kemelut politik, sebaliknya bersatu menghadapi semua masalah demi kemajuan bersama negara.

Demikian tegas Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang melihat Malaysia perlu perancangan yang jelas untuk membangunkan negara yang stabil dan makmur.

“Pihak kerajaan dan pembangkang kena bekerjasama dalam semua hal melibatkan negara. Sekarang bukan masa untuk memikirkan kepentingan pihak sendiri sahaja.

“Jika kerajaan sekarang dilanda masalah, ia bukan memberi kesan kepada kerajaan itu sahaja namun akan menjejaskan negara kita,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nadzim berkata, Malaysia perlu bersatu bagi memikirkan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam aspek yang dilihat penting dan membawa ke arah kemajuan negara.

“Kita kena lihat pada sudut yang jauh bagi membangunkan negara dengan pelan yang lebih terancang berbanding hanya bercakap tentang politik yang mengganggu-gugat negara ini.

“Pihak-pihak terlibat boleh sama-sama berbincang secara baik dan makmur tentang kemajuan negara berbanding menunding jari antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, Malaysia seharusnya memberi peluang kepada kerajaan sedia ada untuk mentadbir urus sehingga habis penggal.

“Berikan sokongan yang sebaiknya dan tidak perlu melawan arus untuk menjatuhkan mana-mana pihak kerana ia dilihat hanya memberi kesan negatif kepada negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya