Hadi jangan perasan mahu sertai Kerajaan Perpaduan

Hadi jangan perasan mahu sertai Kerajaan Perpaduan

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) bersama peserta Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menyindir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘perasan’ apabila mendakwa ada pihak dalam Kerajaan Perpaduan menawarkan Pas menyertai kerajaan tersebut.

“Jangan perasan ada siapa hendak tawarkan dia (menyertai Kerajaan Perpaduan),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri bercakap dalam media selepas merasmikan penutupan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam yang mendakwa pernah dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. 

Abdul Hadi bagaimanapun dipetik mempersoalkan tawaran itu kerana tidak memberi kelebihan kepada Pas yang mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain. 

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata Pas hanya diundang untuk berfungsi menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan sahaja sedangkan sepatutnya parti itu menerajui kerajaan kerana memiliki kerusi terbanyak dalam Parlimen 

Beliau dipetik berkata, Pas mempunyai 43 kerusi Parlimen berbanding PKR yang memiliki 30 kerusi dengan sembilan daripadanya bukan Melayu manakala DAP mempunyai 40 kerusi dengan tiga daripadanya adalah pemimpin Melayu, dan jika digabungkan kerajaan itu akan didominasi oleh orang Islam.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak mengetahui jika ada pihak yang pernah menawarkan Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Itu di luar pengetahuan saya. Saya rasa elok mereka (Pas) berkawan terus dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” ujar beliau- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya