Floor88, Wali Band sedia berkolaborasi - Utusan Malaysia

Floor88, Wali Band sedia berkolaborasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jika diberi peluang, 12 tapak tangan kami tadahkan.”

Demikian jawapan vokalis Floor88, Ayeil Ilham apabila ditanya adakah mereka bersedia untuk berkolaborasi dengan kumpulan tersohor Indonesia, Wali Band selepas kejayaan konsert Dream Festival Vol. 2 malam tadi.

Jelas Ayiel, kesemua enam anggota memamg mengagumi jalur muzik kumpulan popular negara republik itu yang lebih mengangkat tema kerohanian dalam genre yang lebih moden.

“Bila bekerjasama dengan Wali Band di atas satu pentas, memang kami dapat merasakan keserasian itu. Jalur muzik kami juga lebih kurang sama, berhibur sambil memberi nasihat.

“Penyampaian dan konsep juga sama, jadi jika diberi peluang mengapa harus kami tolak kan? Kami juga bersedia untuk melebarkan sayap di negara seberang. Kita tahu itu bukan satu yang mudah,” katanya.

Floor88 yang dianggotai enam pemuda itu membuka trai konsert Dream Festival Vol.2 dengan menyampaikan lima buah lagu popular mereka antaranya Hutang, Zalikha dan 24434.

Sementara itu, vokalis Wali Band, Faank turut menyambut baik cadangan itu dan terbuka sekiranya mereka dapat bekerjasama merentas dua negara.

“Floor88 semangatnya berbeza. Mereka anak-anak muda yang sentiasa mencuba sesuatu yang berbeza. Malah lagu-lagu mereka juga tular di Indonesia.

“Saya percaya mudah untuk mereka menembusi pasaran muzik Indonesia jika sentiasa berusaha dan mencari peluang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya