Fizo omar timang anak perempuan lagi - Utusan Malaysia

Fizo omar timang anak perempuan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Fizo Omar, 38, menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinan dengan isteri baharunya, Fazeera Nazri Azrai, semalam.

Fizo berkata, bayi perempuan seberat 3.07 kilogram selamat dilahirkan pada pukul 5.57 petang di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, di Seri Kembangan, semalam.

Dalam masa sama, Fizo memanjatkan kesyukuran kerana urusan isterinya melahirkan anak dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan anak secara normal.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tak terkata,” katanya menerusi perkongsian dalam Facebook.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini berusia setahun.

Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013, namun perkahwinan mereka gagal bertahan lama apabila bercerai enam tahun selepas itu.

Menerusi perkahwinan pertama, Fizo dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Kelahiran itu juga menyaksikan Fizo kini mempunyai tiga cahaya mata perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN