Fizikal bukan isu - Hazel - Utusan Malaysia

Fizikal bukan isu – Hazel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggota kumpulan Dem Lepak Boyz, Hazel berpandangan bentuk fizikal tidak menentukan kemampuan stamina seseorang untuk membuat persembahan bertenaga di atas pentas.

Kata Hazel, hakikatnya orang berbadan besar juga seperti mereka yang bertubuh kurus, mampu menari dengan lincah dan bertenaga.

“Besar atau kecil, tegap atau tidak bukan persoalan. Kalau minat dan ingin mencuba (menari), teruskan.

“Tapi kenalah belajar dengan sertai kelas tarian. Bentuk fizikal bukan isu, tapi keinginan dan minat itu, ada atau tidak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dem Lepak Boyz merupakan duo yang ditubuhkan sejak 2012. Kumpulan yang turut dianggotai Ahmad Zaidyansjah itu setakat ini hadir dengan dua single, Abang Datang dan Jerat.

Duo tersebut juga merupakan peserta program Big Stage 2023 yang disiarkan di Astro Ria.

Dalam masa sama, Hazel mengakui sebelum ini dia malu untuk menari dihadapan khalayak meskipun meminati  bidang tersebut.

“Zaidylah yang mendorong dan mengajar saya. Selepas itu, barulah saya yakin untuk menari depan orang ramai.

“Zaidy pernah mengheret saya menyertainya dalam sebuah pertandingan sebelum ini. Lama kelamaan, barulah saya yakin,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya