Farid Kamil bawa ibu, ayah ke mahkamah - Utusan Malaysia

Farid Kamil bawa ibu, ayah ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil membawa ibu dan ayah kandungnya,
Datuk Dr. Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari, di sini hari ini.

Farid yang memakai baju berwarna hitam dilihat menolak kerusi roda yang dinaiki ibunya bagi mendengar sesi prosiding hari ini.

Peguam mewakili Farid, Fakhrol Azman Abu Hassan berkata, mahkamah akan dimaklumkan berhubung laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini.

Semasa sesi JKP yang berlangsung sebelum ini, katanya, kedua-dua pihak hadir dan berlaku perbincangan antara mereka.

“Selepas laporan JKP, hari ini juga adalah sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan oleh pihak defendan pada 6 April lalu.

“Pihak plaintif (Diana) pula akan memohon untuk memasukkan pembelaan. Kes nusyuz ini difailkan berasaskan alasan defendan yang tidak dibenarkan memasuki kediaman yang diduduki bersama isterinya, awal Mac lalu,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.