Cubaan seludup 1,700 liter petrol, diesel dipatahkan - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 1,700 liter petrol, diesel dipatahkan

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan menunjukkan tangki tambahan yang terdapat pada sebuah kereta milik penyeludup semasa melakukan operasi di Tumpat, Kelantan. - IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 1,700 liter minyak petrol dan diesel dalam dua serbuan berasingan di sini, Selasa lalu.

Rampasan bahan petrol dan diesel itu hasil operasi bersepadu KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, rampasan pertama pada pukul 8.30 pagi dilakukan selepas pihaknya memeriksa sebuah kereta yang ditinggalkan di Jalan Kasban, Pengkalan Kubor di sini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Wira Aeroback itu membawa kepada pe­nemuan beberapa tong yang me­ngandungi 850 liter minyak diesel.

“Rampasan kedua dilakukan pada pukul 1 petang selepas kita berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara di Chabang Empat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN