Celine Dion batal konsert, fokus rawatan - Utusan Malaysia

Celine Dion batal konsert, fokus rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi, Celine Dion membatalkan semua siri konsert jelajahnya yang dijadualkan berlangsung sepanjang April 2024.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan penyanyi itu meneruskan rawatan terhadap penyakit Stiff Person Syndrom (SPS) yang dialaminya.

“Saya mohon maaf kerana mengecewakan anda semua.

“Saya sedang bekerja keras untuk mendapatkan semula keupayaan saya. Tetapi, masih sukar untuk saya membuat persembahan meskipun kesihatan 100 peratus pulih.

“Tidak adil sekiranya saya terus menunda (konsert). Meskipun kecewa, saya rasa lebih baik untuk batalkan dahulu sehingga saya betul-betul sedia naik ke pentas,” tulisnya di Instagram.

Penyanyi itu membatalkan 42 konsert jelajah Eropah termasuk di Netherlands, Perancis, Belgium, Denmark, Sweden, Finland dan banyak lagi.

Dion awal tahun ini mendedahkan menderita SPS yang mengakibatkan kesukaran baginya untuk berjalan dan menyanyi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.