BN tentukan hala tuju, Ahli Parlimen perlu akur - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

BN tentukan hala tuju, Ahli Parlimen perlu akur – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya Barisan Nasional (BN) berhak menentukan hala tuju Ahli Parlimen di bawah gabungan itu kerana mereka terikat dengan perjanjian yang sudah ditandatangani.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahli Parlimen BN sudah menandatangani perjanjian sebelum menjadi calon gabungan itu bahawa kerusi yang ditandingi adalah milik parti.

“Maka UMNO dan BN berhak membawa hala tuju yang kami perlu akur. Kini, bersama Kerajaan Perpaduan adalah pilihan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam media melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada Ahli Parlimen daripada gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan itu berdasarkan kaji selidik yang dilakukannya sejak mula desas-desus mengenai peletakan jawatan yang akan dilakukan 13 Ahli Parlimen bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan BN-Pakatan Harapan (PH) yang hangat diperkatakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN