Belum ada pertemuan ADUN Limbahau mahu sertai Gagasan

Belum ada pertemuan rasmi ADUN Limbahau mahu sertai Gagasan Rakyat

HAJIJI Noor (tiga kiri) bersama Joseph Pairin Kitingan (tengah) semasa acara memotong kek sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim masih belum menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi namun, ia terserah kepada ADUN Limbahau itu untuk membuat keputusan mengenai hala tuju politiknya.

“Belum lagi (pertemuan rasmi) tetapi, saya dengar begitulah ceritanya. Itu terpulang kepada dia (Juil) kerana kita adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi jadi, terpulang kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri membuat keputusan,” katanya ketika ditanya sekiranya ADUN Limbahau ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Beliau berkata demikian semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini.

Ketua Menteri itu berkata, sekiranya betul ADUN Limbahau itu keluar daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) maka, beliau berharap Juil akan memilih parti yang membolehkan dia meneruskan perjuangan politiknya.

Hajiji berkata, ADUN Limbahau itu juga belum memaklumkan kepadanya mengenai keputusan keluar parti.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, kerajaan akan menggubal perlembagaan negeri bagi memperkenalkan undang-undang Anti Lompat Parti.

“Kita akan membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti pada minggu depan. Jadi, sempat lagi kalau ada yang mahu melompat,” katanya dalam nada berseloroh.

Hari ini, Juil yang juga Timbalan Presiden KDM ketika dihubungi mengesahkan keluar daripada KDM berkuatkuasa hari ini bagi menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Hajiji dan kerajaan diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Juil memutuskan keluar daripada KDM setelah mengambil kira keperluan membawa pembangunan di kawasan DUN Limbahau yang dimenangi atas tiket Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.

Semasa berlaku kemelut politik pada awal Januari lalu, parti KDM yang diterajui Datuk Peter Anthony bertindak menyokong blok yang ingin menjatuhkan Hajiji Noor dan kerajaan Sabah.

Selepas berakhirnya kemelut tersebut, Peter membuat pusingan-U menyatakan sokongan KDM terhadap kerajaan negeri dan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama pada majlis itu adalah Penasihat Perdana PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan-timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Yee Moh Chai.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya