Beli emas jutaan ringgit elak bayar royalti

Beli emas jutaan ringgit elak bayar royalti

LIMA individu dibawa ke Mahkamah oleh SPRM bagi mendapatkan reman kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan memperdaya Kerajaan Negeri Sabah bagi mengelak membayar royalti penjualan emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan memperdaya Kerajaan Negeri Sabah bagi mengelak membayar royalti penjualan emas.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 26 Mei 2023 dikeluarkan oleh Majistret Shasha Damia Sabtu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Satu sumber mendedahkan, kesemua suspek terdiri daripada pengarah dan pengurus akaun syarikat emas serta tukang emas dalam lingkungan umur antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM.

Tambah sumber, suspek-suspek terlibat disyaki membeli emas dengan jumlah berat ratusan kilogram dengan anggaran nilai jutaan ringgit.

“Penyata penyata jual beli emas yang mengandungi butiran palsu telah dikemukan bagi mengelak daripada membayar royalti sebenar kepada kerajaan negeri Sabah,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN