BEKAS pemain hoki kebangsaan turut diraikan dalam majlis anjuran Akademi Hoki AHF-Raja Ashman Shah di Ipoh, baru-baru ini.
Antara bekas pemain hoki negara yang hadir termasuk Datuk R. Yogeswaran dan Datuk Poon Fook Loke.
Majlis yang diadakan sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri akademi itu turut dihadiri penaung Akademi, Datuk Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Akademi Datuk Abd. Rahim Md. Ariff.
Pada majlis itu juga berlangsung penyampaian peralatan dan keperluan sukan kepada atlet Olimpik Khas, Nur Ameer Muqsiq, 19, yang akan mewakili negara dalam Sukan Olimpik Khas di Jerman, Julai depan.
Nur Ameer bertanding dalam acara 100 meter, lompat jauh dan 4 x 100 meter dalam kejohanan bermula 12-25 Julai itu. – UTUSAN