BDB raih kontrak selenggara jalan RM204 juta

BDB raih kontrak selenggara jalan RM204 juta

PEGAWAI Kewangan Negeri, Datuk Isahak Murat (dua kanan) menyampaikan Surat Setuju Terima Kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Mohd. Sobri Hussein di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat, BDB Infra Sdn. Bhd. dianugerahkan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri bernilai RM204 juta daripada kerajaan negeri.

Projek penyelenggaraan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun bermula 15 Mei ini sehingga 14 Mei 2026 yang melibatkan zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, ianya merupakan pengiktirafan kepada Kumpulan BDB dan BDB Infra terhadap pencapaian dan rekod kerja yang baik sepanjang melaksanakan projek-projek penyelenggaraan sebelum ini.

“Penganugerahan ini menunjukkan Kerajaan Negeri Kedah yakin dengan kemampuan Kumpulan BDB dan kami akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang besar ini dengan sebaik mungkin.

“Ianya dijangka akan turut memberi impak yang positif kepada pendapatan per saham syarikat bagi tempoh kewangan 2023 hingga 2026,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

BDB Infra merupakan kontraktor Gred G7 yang mempunyai pengalaman dan rekod kerja yang cemerlang sejak lebih 50 tahun dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya serta kuari di utara tanah air.

Untuk rekod, BDB Infra pada 2020 juga dianugerahkan kontrak selama tiga tahun daripada kerajaan negeri bagi tujuan penyelenggaraan jalan di beberapa daerah di negeri berkenaan.

Antaranya melibatkan Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kuala Muda, Sik, Kubang Pasu, Kulim/Bandar Baharu, Pendang, Yan dan Baling.

Selain BDB Infra, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia itu turut terlibat dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan rekreasi melalui anak-anak syarikatnya termasuk BDB Land; Kedah Holding; BDB Synergy; BDB Rock Mineral dan BDB Leisure. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya