Bagi saya dia sangat cantik - David Teo - Utusan Malaysia

Bagi saya dia sangat cantik – David Teo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit tersohor, Datuk David Teo, 59, mendedahkan pernah berdepan kesukaran berurusan dengan  Rozita Che Wan, 50, gara-gara kecantikan pelakon itu.

Kata David, bukan mudah untuk bertentang mata dengan pelakon tersebut yang mempunyai kecantikan tersendiri. 

“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan. Tapi bukannya dia goda saya, cuma bagi saya dia sangat cantik, bulu matanya menggoda.

“Kami pernah bekerjasama dalam sebuah filem dimana dia lakonkan 17 babak kesemuanya. Memang sukar untuk berurusan dengannya kerana dia terlalu cantik. 

“Membuatkan saya terpaksa mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya,” kata David.

Dalam pada itu, David mengakui pernah berdepan godaan sepanjang berkecimpung dalam industri filem dan drama tempatan.

“Sepanjang menjadi penerbit, saya tidak pernah digosipkan berskandal dengan mana-mana pelakon wanita. Memang saya pernah digoda, tapi saya berjaya tepis,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya