Anwar mahu pelaburan KWSP dalam negara cecah 70 peratus

Anwar mahu pelaburan KWSP dalam negara cecah 70 peratus

ANWAR Ibrahim merasmikan bangunan baharu KWSP di Kwasa Damansara. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburan dalam negara daripada 64 peratus yang dicatatkan pada tahun lalu kepada 70 peratus.

Beliau berkata, KWSP perlu mencapai sasaran tersebut sejajar dengan tujuan penubuhannya untuk membantu pencarum meningkatkan pendapatan di masa depan.

“Saya lihat KWSP pelaburan tinggi sehingga 64 peratus dalam negara. Saya menekankan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan agar meningkatkannya kepada 70 peratus.

“Ia untuk keperluan negara sekarang dan ambil kira keperluan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya