Anwar lulus RM1 juta kepada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun 

Anwar lulus RM1 juta kepada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun 

ANWAR Ibrahim (kanan) bersama Juhar Mahiruddin (dua kanan) dan Hajiji Noor (dua kiri) semasa upacara memotong padi sebagai simbolik perasmian penutupan Pesta Kaamatan di Penampang, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM1 juta kepada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) bagi pelaksanaan kegiatan dan aktiviti persatuan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kelulusan peruntukan itu bagi memberi bantuan kepada KDCA dalam menganjurkan kegiatan-kegiatan mereka.

“Saya terharu mendengar ucapan Pairin (Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) bahawa ini kali pertama Perdana Menteri hadir ke sini dan minggu depan saya akan ke Pesta Gawai di Sarawak.

“Saya memberi jaminan, kita akan sediakan peruntukan dan kalau KDCA anjurkan (Pesta Kaamatan), kita akan beri bantuan. Jadi, untuk KDCA saya luluskan RM1 juta bagi kegiatan KDCA.

“Untuk perkara lain, saya akan tunggu kertas cadangan siap dan kita mahu semua projek di Sabah mengambil kira pandangan serta input daripada kerajaan negeri,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Menurut Anwar, kehadirannya sempena Pesta Kaamatan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa ini adalah fasa baharu negara Malaysia yang ingin mengangkat seluruh rakyat.

Beliau berkata, Pesta Kaamatan adalah pesta rakyat maka, kehadirannya sebagai simbol kepada semua pemimpin kerajaan bahawa mana-mana perayaan sama ada di Sabah dan Sarawak adalah perayaan yang harus dimuliakan dan diraikan bersama.

Jelas beliau, Malaysia akan hebat selagi pemimpin-pemimpin bersikap terbuka iaitu bukan sekadar menghormati toleransi tetapi juga, menghargai perbezaan masing-masing.

Terdahulu, pemimpin tertinggi masyarakat Kazadan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) iaitu Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam ucapannya memohon supaya Perdana Menteri mempertimbangkan bantuan kewangan kepada KDCA.

Katanya, KDCA telah mendapat kelulusan tanah bagi pembinaan sebuah kolej universiti di Tambunan jadi, beliau berharap bantuan kewangan dapat diberikan bagi tujuan pembangunan kolej berkenaan.

Bagaimanapun, dokumentasi mengenai pembinaan kolej universiti tersebut  belum dikumpulkan.

Di samping itu, Pairin juga meminta bantuan kewangan daripada kerajaan bagi melaksana aktiviti menerusi Yayasan Huguan Siou yang ditubuhkan sejak April 2018.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta barisan Kabinet Negeri dan menteri-menteri Persekutuan yang lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.