Aliff Aziz makin romantik - Utusan Malaysia

Aliff Aziz makin romantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 29, bersyukur melihat perubahan ketara suaminya, Aliff Aziz, 32, yang kini lebih memberikan tumpuan kepada keluarga.

Kata Bella, dia juga gembira melihat suaminya kini lebih romantik dan hubungan dengan anak-anak menjadi semakin rapat.

“Aliff tunjuk perubahan yang sangat bagus selepas insiden itu. Saya harap semoga sikapnya berkekalan begitu.

“Aliff selalu ajak saya pergi bercuti kalau kami ada masa terluang. Kadang-kadang dia memang suruh saya ikut sekali ke set penggambaran tetapi saya yang sibuk. Dia juga selalu buat panggilan video dengan anak dari lokasi penggambaran,” katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Bella yang pernah menyertai program realiti, Famili Duo, berkata, dia kini mengambil tindakan untuk tidak berkongsi momen bahagia bersama suami dalam media sosial.

Katanya, sebarang perkongsian kepada khalayak hanya melibatkan ketika mereka menghadiri majlis tertentu.

“Kalau saya tak muat naik (gambar atau video) dalam media sosial, ramai pula hantar mesej peribadi dan bertanya khabar.

“Kita pun jadi dilema. Bila banyak buat perkongsian ramai pula tak suka. Apapun, saya lebih banyak meluangkan masa bersama suami sekarang,” jelasnya.

Sebelum ini, rumah tangga Bella sekali lagi diuji apabila Aliff terjebak dengan ‘cinta lokasi’ bersama aktres jelita, Sophia AlBarakbah.

Mereka digandingkan bersama dalam drama rantaian, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Terdahulu, Aliff pernah juga dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain seperti Oktovia Manrose dan Afifah Nasir.

Bella dan Aliff bercerai pada Mei 2019 namun tidak lama selepas itu, mereka kembali bersatu pada April 2020.

Hasil perkongsian hidup, rumah tangga mereka kini terus bahagia di samping dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya