Aina Abdul ada pakej lengkap jadi juri Big Stage 5 - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Aina Abdul ada pakej lengkap jadi juri Big Stage 5 – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun tidak lagi bergelar sebagai juri tetap program realiti, Big Stage 5, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengiktiraf Aina Abdul yang menggantikan peranannya dalam memberi kritikan kepada peserta.

Siti berkata, dia yakin dengan kemampuan Aina yang mempunyai pakej lengkap dalam menyalurkan ilmu nyanyian kepada bakat-bakat muda yang mencipta nama dalam program nyanyian itu.

“Aina bagi saya sangat sesuai sebab dia mempunyai ilmu dan pengetahuan untuk disampaikan kepada anak-anak muda yang sedang mencipta nama dalam Big Stage.

“Saya rasa ini adalah permulaan yang bagus untuk Aina kerana dia juga mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kemensah Heights, baru-baru ini.

Siti memberitahu dia juga terikat dengan banyak komitmen lain serta tidak berupaya untuk memenuhi tuntutan produksi sekiranya dilantik sebagai juri.

“Kalau ditawarkan saya memang tak mampu hendak buat sebab program ini berlangsung sampai lewat malam. Penerbit pun faham saya ada banyak komitmen, tugasan dan tumpuan pada keluarga juga.

“Tahun lalu, saya jadi juri sebab mempunyai komitmen dengan penaja utama rancangan tersebut,” katanya.

Big Stage akan bersiaran secara langsung bagi konsert pertama dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam ini.

Program yang bersiaran selama 10 minggu itu menampilkan Aina sebagai juri tetap serta Elly Mazlein sebagai pengacara.

Seramai 10 peserta dari Malaysia terpilih menyertai rancangan itu seperti Meer Nash, Naufal Azrin, Nadeera Zaini, Firdaus Rahmat serta empat bintang lain dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama, malam ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN