ADUN Belantik ditidurkan, kritikal setelah rebah

ADUN Belantik ditidurkan, kritikal setelah rebah

MOHD. ISA SHAFIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd. Isa Shafie menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, dekat sini setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum itu, Mohd. Isa, 69, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Sik, dekat sini kira-kira pukul 7 malam semalam.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, berikutan keadaan Mohd. Isa yang kritikal, beliau dibawa ke HSAH pada 4 pukul pagi kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

“Menurut anak beliau, Mohd. Isa kelihatan lemah dan rebah di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Jelutong, Sik kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Sik dan kemudiannya dipindahkan ke HSAH.

“Keadaan kesihatannya lemah dan menurun sebelum doktor menidurkannya. Saya mohon orang ramai mendoakan beliau agar sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Belantik,” katanya.

Ahmad Tarmizi berkata, orang ramai tidak dibenarkan melawat Mohd. Sulaiman ketika ini selain mengharapkan kesemua ahli keluarganya bersabar menghadapi ujian berkenaan.

Mohd. Isa berkhidmat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik selama tiga penggal dan beliau sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta jantung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya