50 penduduk terima Bakul Rahmah di Pasar Raya TF Value-Mart

50 penduduk terima Bakul Rahmah di Pasar Raya TF Value-Mart Sungai Lalang

SALAHUDDIN Ayub (tiga dari kanan) menyampaikan Bakul Rahmah kepada seorang penduduk, Norida Osman dari Taman Kenanga 8 sempena perasmian Pasar Raya TF Value-Mart Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. – utusan/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 50 orang penduduk tempatan, termasuk golongan kurang berkemampuan dipilih menerima Bakul Rahmah sempena perasmian Pasar Raya TF Value-Mart Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Penyerahan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan lain-lain itu dilakukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pengurus operasi pasar raya tersebut, Faizal Baba Ahmad berkata, sempena pembukaannya masyarakat tempatan masih boleh membeli barang dengan harga yang lebih rendah selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Turut hadir di majlis itu, Pengarah KPDN Negeri Kedah, Affendi Rajini Khan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, R. Sammugam. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN