KUALA LUMPUR : Pasukan pemantau menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu ditubuhkan bagi meneliti perkembangan mengenai komitmen pelaburan yang diperoleh Malaysia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia penting bagi memantau setiap perkembangan selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan negara terbabit, sekali gus penyelesaian perlu dibuat segera daripada permasalahan yang berbangkit. Jelasnya lagi, tindakan tersebut adalah…