Wanita warga emas cedera akibat diragut 

Wanita warga emas cedera akibat diragut 

ZAINAL MOHAMED MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita warga emas cedera akibat tersembam di atas jalan selepas rantai lehernya ditarik peragut di Taman Sri Batu Caves, Batu Caves di sini.

Dalam kejadian 10.45 pagi kelmarin, wanita warga Singapura berusia berusia 64 tahun itu sedang berjalan dengan suaminya di Jalan SBC 1 Taman Sri Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, tiba-tiba datang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru merapati mereka dan cuba meragut rantai leher emas dipakai mangsa.

“Suspek bagaimanapun gagal mengambil rantai itu kerana ia putus dan jatuh atas jalan. Menyedari cubaannya gagal, suspek kemudian memecut laju melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan video berdurasi 39 saat tular di media sosial yang memaparkan kejadian berkenaan.

“Mangsa terbabit mengalami kecederaan ringan di lutut dan tangan kanan. Usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Flidza Che Ibrahim di talian 0169537372 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 0361262222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN