Usahawan dijerat penipuan cabutan bertuah - Utusan Malaysia

Usahawan dijerat penipuan cabutan bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang usahawan wanita kerugian lebih RM10,000 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa ingin menghantar pesanan ha­diah cabutan bertuah kepada anaknya.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Maya itu berkata, dia mene­rima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier penghantar barang.

“Walaupun menafikan bungkusan itu milik saya, lelaki itu menyebut alamat penuh rumah de­ngan betul dan mengaku mendapatkannya daripada sebuah syarikat yang menganjurkan cabutan bertuah.

“Lelaki itu juga me­ngarahkan agar mengikuti arahannya terma­suk memindahkan sejumlah wang kepada­nya jika mahu barang tersebut sampai di alamat rumahnya,” katanya.

Maya berkata, dia tertipu dengan panggilan tersebut disebabkan lelaki terbabit mengetahui nama penuh anaknya dan juga alamat rumah.

Katanya, dia merasa teruja untuk mendapat hadiah itu sehingga hanya menyedari menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam selepas menceritakan ke­jadian tersebut pada rakan-rakannya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, menurut sumber ketika dihubu­ngi berkata, polis merekodkan angka kerugian RM2.98 bilion melibatkan 90,321 pelbagai kes penipuan di seluruh negara dalam tempoh empat tahun lalu.

Daripada kerugian ter­sebut, kes penipuan mencatatkan kerugian terbesar RM1.06 bilion membabitkan 25,884 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya