UMW agih sumbangan zakat RM200,000

UMW agih sumbangan zakat RM200,000 kepada 10 rumah kebajikan

UMW
Ahmad Fuaad Kenali menyerahkam sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan syarikat, Kumpulan UMW telah mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM200,000 kepada 10 buah rumah anak yatim dan rumah penjagaan orang tua terpilih di Lembah Klang sempena dengan Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW yang dianjurkan di ibu pejabatnya.

 Majlis itu turut diserikan dengan tazkirah Khas Majlis Ilmu UMW disampaikan oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk ‘Ramadhan & Jiwa Rabani’ yang dihadiri lebih dari 200 jemputan termasuk 65 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Shifa dan Rumah Jalinan Kasih.

 Lapan pusat lain yang menerima sumbangan Zakat UMW dalam program ini adalah Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh, An-Najjah Malaysia, Pusat Jagaan Titian Kaseh, Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah, Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-khairi, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Husna Arrashid dan Pusat Jagaan Nurul Jannah.

UMW
UMW telah mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM200,000 kepada 10 buah rumah anak yatim dan rumah penjagaan orang tua terpilih di Lembah Klang sempena dengan Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW yang dianjurkan di ibu pejabatnya.

 Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali  berkata,  UMW amat bersyukur dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan zakat kepada rumah kebajikan yang terpilih dan seterusnya meraikan anak-anak yatim untuk bersama dalam Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW kali ini. Semoga perniagaan Kumpulan UMW akan lebih diberkati dan memperolehi lebih banyak kecemerlangan di masa hadapan.

 Di akhir program, Ahmad Fuaad bersama pengurusan UMW juga menyumbangkan duit raya dan hamper kepada semua anak yatim yang hadir dalam majlis tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya