KLANG: Persiapan raya bagi keluarga Mariah Salleh tahun ini terpaksa dilakukan secara lebih sederhana berbanding tahun lepas selepas suaminya diserang angin ahmar empat bulan lalu. Ia termasuk rutin memenuhi tempahan ketupat palas sepanjang Ramadan yang dilakukan setiap tahun sebelum ini terpaksa dihentikan kerana Mariah, 53, mahu menumpukan masanya untuk menjaga suaminya, Abdullah Sani Osman, 57. Wanita itu berkata, suaminya memerlukan perhatian kerana masih tidak boleh bercakap, berjalan dan makan dengan…










