Tanah runtuh dekat bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, 76 terselamat

Tanah runtuh dekat bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, 76 terselamat

KEJADIAN tanah runtuh berdekatan bangunan milik SPRM Jalan Duta. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu kejadian tanah runtuh berlaku berdekatan bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu turut menyebabkan pondok keselamatan di bangunan berkenaan runtuh.

Komander Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur, E. Yogeswaran berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi kejadian.

Kata beliau, sebanyak 76 orang terdiri 36 Lelaki 40 wanita yang berada dalam banggunan berdekatan diarahkan keluar dari bangunan ke tempat selamat.

“Runtuhan berlaku di bahagian hadapan pintu masuk yang turut menyebabkan pondok kawalan keselamatan runtuh. Pergerakan tanah masih berlaku dipercayai berpunca daripada paip pecah di bawah tanah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih berada di lokasi bagi menjalankan pemantauan rapi.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya