Tambahan penerbangan sempena Aidilfitri diumum tidak lama lagi

Tambahan penerbangan sempena Aidilfitri diumum tidak lama lagi

ANTHONY Loke dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Program Tenaga Boleh Diperbaharui ERL di Kompleks ERL Air-Rail di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tambahan penerbangan domestik sempena sambutan Aidilfitri akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, harga tetap untuk penerbangan sempena perayaan itu sudah diumumkan sebelum ini, namun tambahan penerbangan akan diumum tidak lama lagi.

Beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) juga membentangkan penambahan penerbangan tersebut pada mesyuarat Kabinet, semalam dan dliluluskan.

“Saya difahamkan, Malaysia Airlines juga akan menggunakan pesawat ‘wide body’ (pesawat lebih besar) untuk penerbangan balik ke Sabah dan Sarawak. Maka, dengan itu kapasiti penerbangan dan tempat duduk juga akan bertambah.

“Apabila kapasiti bertambah, sudah tentu harga purata penerbangan itu akan menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di sini, hari ini.

Sebelum ini, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang tetap ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak bermula 19 hingga 30 April ini sempena Aildilfitri.

Harga tiket ditawarkan ialah RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri; dan RM249 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya