SWM Kasih rai anak yatim menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

SWM Kasih rai anak yatim menjelang Aidilfitri

ANAK yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim, Piatu dan Miskin Rumah Kasih, Ulu Inas, Kuala Pilah dibawa ke sebuah pasar raya di Seremban 2, Seremban oleh pihak SWM Kasih bagi membeli-belah sempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih baru-baru ini menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim, Piatu dan Miskin Rumah Kasih, Ulu Inas, Kuala Pilah.

Menerusi program itu, kesemua anak-anak yatim itu yang berusia tujuh hingga 17 tahun dibawa membeli-belah di sebuah pasar raya di Seremban 2, Seremban sebagai persediaan menyambut Syawal tidak lama lagi.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, bagi memperhebat usaha penjagaan alam sekitar dan mempromosikan aktiviti pengurangan penggunaan plastik, SWM Kasih turut menyediakan beg membeli-belah yang boleh diguna semula oleh anak-anak rumah jagaan tersebut.

SWM Kasih juga membawa mereka untuk melawat Pusat Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan untuk mempelajari kemahiran pengasingan sisa kitar semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN