PUTRAJAYA: Hukum tuntutan fardu solat Jumaat kekal wajib walaupun jika tarikh 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah ketika ditanya mengenai status solat itu. “Solat Jumaat tetap adalah wajib ke atas setiap individu lelaki Muslim tetapi berbeza pula dengan solat hari raya yang sebaliknya hanya hukum sunat,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Isu tersebut…