PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit, Michael Ang yang berjaya menarik minat orang ramai menerusi program masakan sebelum ini akan kembali dengan rancangan sama sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Rancangan bertajuk Cooking Show With Michael Ang itu akan disiarkan di saluran Youtube, sejurus selepas beliau dilantik sebagai duta produk gula batu keluaran Sweet Home Candied Products Sdn. Bhd. (Sweet Home).
Menurut Pengarah Urusan Sweet Home, Vincent Teh Chun Hwa berkata, selebriti terkenal itu juga akan turut terlibat di dalam video raya Sweet Home berjudul ‘Gula Dari Syurga’.
“Michael akan menghasilkan program masakan sebanyak lapan episod yang sedang dalam pembikinan di mana rancangan masakan ini akan disiarkan di saluran Youtube selepas Aidilfitri ini.
“Cooking Show With Michael Ang itu ditaja oleh Sweet Home yang akan mengetengahkan sajian yang enak dan mudah dimasak menggunakan gula batu Sweet Home,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sweet Home kini muncul sebagai antara pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara mula diasaskan sejak tahun 1974.
Ketika ini, syarikat itu turut mengeluarkan minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar.
Dalam pada itu, Micheal berkata, bersetuju menjadi duta produk tersebut selepas mengenali jenama berkenaan yang digunakan ibunya dalam masakan dan minuman sebelum ini. – UTUSAN