Kadang-kadang, rasa sunyi itu ada - Zizan Razak

‘Saya tak pernah mengurat dia’ – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, selepas pengacara, Hawa Rizwana mengeluarkan kenyataan menganggap pelakon, Zizan Razak sekadar seorang abang, ramai yang mula simpati dengannya. 

Malah, ada juga yang tertanya-tanya, bila agaknya Zizan menemukan wanita kiriman Tuhan untuknya. Di kala rakan-rakan lain sudah bahagia bersama rumah tangga, dia dilihat masih tercari-cari.

Tidakkah dia merasakan kehidupannya sunyi tanpa kehadiran seorang wanita? Atau adakah kesibukan kerja membuatkan dia tidak terfikir untuk mencari peneman?

Jawablah mendapatkan Zizan Razak!

J: Boleh kongsikan perkembangan seni sekarang? Dengar cerita ada terbitkan telemovie dan kali ini mengarahkan sendiri naskhah tersebut?

Z: Tahun ini, memang agak sibuk sebab ada beberapa filem yang bakal ditayangkan antaranya Polis Evo 3. Sibuk sampai pelan mahu bercuti ketika Ramadan terpaksa dilupakan, tetapi tak apa itu kerja.

Ya, memang saya baru sahaja tamat penggambaran telemovie Heistdifitri. Pertama kali mengarahkan naskhah terbitan sendiri. Saya ragu-ragu juga pada mulanya tetapi itu satu pengalaman luar biasa.

J:  Gementar tak pertama kali duduk di kerusi pengarah? Sebelum ini Zizan hanya berlakon tetapi kini ambil tugas kedua-duanya? 

Z: Memang saya akui, takut hendak mengarah. Tak pernah terfikir pun hendak bergelar pengarah. Saya selalu anggap, ada ramai lagi yang lebih layak.

Tetapi saya fikir juga, kalau saya tak mula sekarang bila lagi. Ini satu pengalaman baharu, cabang kerja yang berbeza. Tuhan permudahkan semua, Alhamdulillah.

J: Sebelum ini, Zizan pernah menyuarakan hasrat untuk membawakan watak yang lebih serius. Bukan mahu menukar genre tetapi mahu mencuba sesuatu yang berbeza. Sudah berjaya realisasikan hasrat itu?

Z:  Ada juga dapat beberapa watak yang berbeza, tetapi masih belum cukup. Saya mahu lebih dan lebih. 

Bukan mahu sekadar tunjuk bakat tetapi saya mahu membuktikan kemampuan. Saya mahu mencabar diri sendiri. Memberi kepuasan kepada diri saya sendiri. 

J: Zizan nak tanya sikit, baru-baru ini apabila pengacara, Hawa Rizwana mengeluarkan kenyataan menganggap Zizan sebagai seorang abang, ada yang kasihan sebab Zizan telah di-`abang-zone kan’? Komen.

Z: Bagi saya tak ada apa pun. Saya sendiri tak pernah anggap dia lebih daripada seorang adik. Kami hanya berkawan. Tetapi jangan pula ada yang kata saya ‘adik-zone’ dia. 

Kami memang tak pernah ada apa-apa hubungan yang lebih daripada sekadar kawan. Saya pun tak pernah cuba mengurat dia. 

J: Penat tak bila orang tak habis-habis menjodohkan Zizan dengan artis wanita? Asal berlakon, bekerjasama sekali, dianggap jodoh Zizan.

Z: Kalau nak kata penat tak boleh juga. Spekulasi itu boleh buat orang gembira,. Peminat ada impian pasangan pilihan mereka masing-masing. Saya ada juga cakap dengan Hawa, layankan jelah.

Di kala industri penuh dengan cerita sensasi, kita beri ‘bunga’ kepada peminat. Tak berkecil hati pun. Saya sendiri pun masih solo, sibuk dengan kerja.

J: Sunyi tak bila sendiri ini?

Z: Jujur cakap, adakala memang sunyi. Bila tengok rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan mereka, terbit pertanyaan bila aku nak rasa semua itu. Tetapi saya percaya dengan jodoh. Tuhan akan beri pada waktu yang terbaik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya