PETALING JAYA: Sabitan dan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah lebih RM42 juta dana milik SRC International tidak terkesan meskipun hakim bicara didapati melanggar kod etika. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Fahmi Abd. Moin berkata, isu etika dibangkitkan pasukan pembelaan Najib sebelum ini telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sekali gus tidak menjejaskan status sabitan…