Remaja maut selepas buat pusingan U

Remaja maut selepas buat pusingan U

KEADAAN kenderaan yang dirempuh selepas membuat pusingan U-turn ketika lampu isyarat masih merah di persimpangan lampu isyarat Batu 11, di sini pada lewat malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Remaja berusia 19 tahun maut bersama seorang rakannya dalam satu insiden kemalangan jalan raya selepas membuat pusingan U ketika lampu isyarat masih merah di persimpangan lampu isyarat Batu 11, di sini pada lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata insiden berlaku ketika sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bergerak lurus di lorong kanan dari arah Serian menghala ke Kuching lalu melanggar kereta terbabit.

“Kejadian berlaku ketika kereta dari arah Kuching membuat pusingan U semasa lampu isyarat masih merah di persimpangan lampu isyarat Batu 11, ketika itu kenderaan 4WD bergerak lurus di lorong kanan dari arah Serian menghala ke arah Kuching melanggar kereta terbabit.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak bagi menerima rawatan, bagaimanapun rakan mangsa iaitu penumpang turut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 2.51 pagi,” dedahnya.

Mangsa yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai Alessandro Montawai Mojik, 19 tahun, berasal dari Kampung Bengoh, Puncak Borneo yang merupakan penumpang kereta.

Manakala rakannya yang disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital dikenali sebagai Brandon Ijau Walter Crammer, 19 tahun, dari Taman Penrissen Height, Batu 11.

Semantara itu pemandu pacuan empat roda terbabit yang berusia 32 tahun tidak cedera.

Justeru itu, Abang Zainal Abidin menjelaskan, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN