Raysha Rizrose tumpu kerja, belum sempat berbulan madu - Utusan Malaysia

Raysha Rizrose tumpu kerja, belum sempat berbulan madu

KUALA LUMPUR 28 September 2022 - Sesi fotografi Raysha Rizrose pada Majlis Pratonton RR Bridal RTW 22, di Hotel Shang Ri-La, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Raysha Rizrose, 26, tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya lakonan meskipun sudah bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 30.

Raysha yang ditemui pemberita berkata, dia mahu terus bekerja untuk menyelesaikan semua tugas lakonan sebelum memutuskan untuk berehat bagi memberi tumpuan kepada perancangan untuk mendapatkan cahaya mata.

“Buat masa ini memang saya tidak merancang untuk perlahankan kerjaya lakonan. Bahkan selepas berkahwin, saya terus kembali bekerja dan belum sempat berbulan madu.

“Perancangan untuk menimang cahaya mata memang ada. Tetapi, biarlah ia dimulakan selepas saya selesaikan dan habiskan kerja-kerja lakonan yang masih berbaki terlebih dahulu,” katanya.

Disoal tentang rutin bulan Ramadan kali ini, pelakon drama Bisik Bisik Gelora ini memaklumkan dia dan suami masih dalam fasa membiasakan diri dan cuba mengadaptasi rutin baharu sebagai suami isteri.

“Sebagai isteri, tentunya di bulan Ramadan kena sediakan juadah bersahur untuk suami. Suasana itu baru bagi saya, sebab sebelum ini hidup bujang, jadi keadaannya sedikit berlainan.

“Saya masih membiasakan diri. Bulan Ramadan ini memberi ruang untuk bermuhasabah diri, mengingatkan bahawa tanggungjawab sudah bertambah,” jelasnya.

Raysha sah bergelar isteri Nabil dengan sekali lafas pada Februari lepas. Pasangan suami isteri itu belum dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN