ARAU: UMNO diramal sukar meraih sokongan orang Melayu dalam tempoh terdekat termasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka memihak Perikatan Nasional (PN). Pemerhati politik berpendapat, masih tidak nampak usaha-usaha daripada UMNO yang lebih berkesan dalam menarik sokongan Melayu yang masih dingin dengan parti berkenaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, UMNO bakal berdepan masalah cukup besar khususnya dalam mendepani PRN jika masih gagal menarik sokongan orang Melayu. MUHAMMAD IZMER…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya