PRN: Rundingan pengagihan kerusi hampir 50 peratus selesai - Utusan Malaysia

PRN: Rundingan pengagihan kerusi hampir 50 peratus selesai

IDRIS Ahmad (tengah) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Perak di Lenggong hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Perbincangan mengenai pengagihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri masih berjalan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan sudah mencapai 50 peratus untuk diselesaikan namun belum dimuktamadkan.

“Saya fikir (perbincangan) sudah hampir 50 peratus cuma buat waktu ini kita sedang perhalusi perkara berkaitan pertukaran kerusi dan sebagainya.

“Kita juga akan dapatkan maklumat lanjut daripada negeri-negeri berhubung perkara ini sebelum ia dimuktamadkan di peringkat Pusat, “katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Perak di Arena Amanjaya Lawin di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Sementara itu, Idris berkata, PN tidak terkesan terhadap serangan terhadap parti itu di media sosial menjelang PRN di enam negeri.

Idris mendakwa, pihak yang melakukan serangan terhadap PN itu dibayar oleh pihak tertentu dan mereka menggunakan akaun samaran.

“Bukan anak jantanlah namanya kalau tidak berani mempamerkan identiti diri sendiri.

“Serangan ini sedikitpun tidak memberi kesan terhadap PN dalam mengatur strategi bagi menghadapi PRN,” katanya.

Menurutnya, jentera PN juga sudah bersedia untuk menghadapi PRN iaitu sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU 15).

“Contohnya jentera Pas di Perak selatan akan membantu Selangor manakala jentera di Perak utara akan membantu Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.