Polis kesan individu main mercun sebabkan dua cedera

Polis kesan individu main mercun sebabkan dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lalu sedang dikesan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.05 tengah malam pada 31 Mac lalu menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN