Pindaaan AUKU, beri lebih kebebasan pelajar

Pindaaan AUKU, beri lebih kebebasan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Hasil dari sesi Town Hall bagi membincangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semalam memberi kebebasan kepada pelajar.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berpendapat kesediaan  Menteri Pendidikan Tinggi (MPT), Datuk Sero Moham Khaled Nordin  untuk meminda AUKU merupakan satu bentuk kepercayaan dan amanah yang perlu dipikul oleh mahasiswa.

Menurutnya, mahasiswa perlu membawa obor perubahan ini bagi menjayakan agenda kemahasiswaan dengan perlu bergerak dalam paksi yang nyata.

“Bukan sahaja agenda kebajikan perlu diberi keutamaan tetapi kematangan intelektual perlu diberi perhatian.

“Menyedari bahawa mahasiswa adalah antara pemegang taruh yang penting terhadap pembinaan negara bangsa madani, tindakan kerajaan ini adalah tepat pada masa dan ketikanya,” katanya kepada Utusan Malaysia 

Jelasnya, secara umum kita mengetahui kebebasan bersuara di negara ini  merupakan satu bentuk kebebasan yang terjamin di dalam perlembagaan Malaysia.

 Sehubungan itu, dalam konteks kebebasan bersuara di Malaysia,ia berada di  bawah lingkungan kawalan Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Polis 1967 dan beberapa akta lain termasuk Kanun Keseksaan.

“Ini bermaksud kebebasan bersuara ini dipandu oleh peraturan yang tertib dan saksama. 

“Sebagai golongan cerdik pandai di menara gading, mahasiswa diseru untuk mengkritik atau berhujah berlandaskan fakta supaya tujahan perbincangan itu adalah secara berintelektual,” tegasnya.

 Dalam pada itu,beliau menyeru agar mahasiswa tidak menyentuh perkara yang boleh mengancam sensitiviti masyarakat seperti kontrak sosial,  penghinaan terhadap mahkamah dan kedudukan raja-raja Melayu.

“Bersuaralah dengan bebas tetapi dengan hikmah dan tertib serta nilai kesarjanaan yang tinggi, bukan mengikut sentimen dan tidak berfakta,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata  dengan adanya kebebasan membenarkan pelajar terlibat dalam politik, tidak  semestinya ada pihak yang akan mengambil kesempatan.

“Misalnya, jika ada sesebuah parti  politik menubuhkan cawangan mereka di dalam kampus, perkara  tersebut adalah tidak wajar berlaku.

“Ini kerana matlamat utama sebagai seorang mahasiswa di universiti, adalah memperoleh segulung ijazah dan memfokuskan diri dalam akademik,” katanya.

 Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan  berkenaan dengan cadangan pindaan Seksyen 15 dan 16 di bawah AUKU dijangka akan dibentang dalam parlimen pada tahun ini. –utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya