Pertahan Bahasa Melayu tidak bererti perkauman, kata MP Bersatu kepada DAP

Pertahan Bahasa Melayu tidak bererti perkauman, kata MP Bersatu kepada DAP

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertahankan ucapan dalam Dewan Rakyat tidak boleh dilihat sebagai perkauman.

Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan Takiyudin yang mahu ucapan pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi kesalahan hendap dibuat dalam bahasa Melayu adalah bagi membolehkan semua orang faham.

Beliau berkata, apa yang Takiyuddin bangkitkan itu cukup jelas dan kerajaan hari ini perlu menambah baik RUU tersebut agar semua kumpulan rakyat memahami apa yang ingin dipinda melibatkan akta kesalahan mengintip atau stalking.

“Jadi wajarlah perkara itu dibahaskan dan dibincangkan secara jelas dalam bahasa Melayu kerana melibatkan semua rakyat Malaysia.

“Malangnya kerajaan tidak membawa RUU itu dalam bahasa Melayu. Tetapi ruang masih ada untuk buat sedemikian dalam pencerahan lain, kerana dalam bahasa Melayu ada banyak istilah yang masuk dalam takrif seperti ‘skodeng’, mengintip dan macam-macam lagi,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menempelak Takiyuddin sebagai perkauman, berpolitik isu bahasa kerana menegur tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh yang membentangkan RUU anti hendap dalam bahasa Inggeris.

Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan penggunaan hanya bahasa Inggeris dalam RUU meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah bagi kesalahan tersebut.

Beberapa Ahli Parlimen turut bertanya sama ada ia sebahagian daripada percubaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya