Perkahwinan Britney, Sam tiada masalah - pengurus - Utusan Malaysia

Perkahwinan Britney, Sam tiada masalah – pengurus

NEW YORK: Pengurus Sam Asghari, Brandon Cohen tampil menjelaskan status perkahwinan pelakon tersebut dengan isterinya yang juga bintang Pop dunia, Britney Spears.

Bercakap kepada E News, Cohen mengesahkan rumah tangga pasangan berkenaan tidak bermasalah seperti yang disangka netizen.

“Sam tidak dapat bersama Britney di Mexico kerana urusan kerja.

“Dia tidak memakai cincin perkahwinan kerana sedang menjayakan penggambaran projek filem terbarunya,” jelas Cohen.

Khabar angin tentang masalah rumah tangga pasangan terbabit bertiup kencang apabila kedua-duanya dilihat berjauhan dan dirakam tanpa menyarungkan cincin perkahwinan masing-masing.

Untuk rekod, Britney dan Sam berkahwin pada June 2022 selepas lima tahun bercinta.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN