Perak FC diharap ulangi persembahan bertenaga - Utusan Malaysia

Perak FC diharap ulangi persembahan bertenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain pasukan Bos Gaurus diharap mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC di Ipoh pada 19 April, lalu apabila turun bertemu Kelantan FC di tempat lawan dalam perlawanan Liga Super malam ini.

Malah, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menyeru pemain meningkatkan persembahan mereka dalam pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

“Satu mata yang dikutip dalam perlawanan dengan NS FC tempoh hari menjadi pemangkin semangat pemain.

“Kini saya berdoa mereka mampu mengutip mata penuh dalam perlawanan di Kota Bharu, malam ini,” kata Abdul Azim kepada Utusan Malaysia.

Abdul Azim berharap anak buah Datuk Lim Teong Kim turun dengan semangat juang kental serta tanpa rasa gentar terhadap lawan.

Menurut Pengerusi XOX Berhad iaitu pemilik Perak FC itu, mereka masih tidak dapat menurunkan pemain Oppa Korea, Seo Seonung kerana belum pulih daripada kecederaan.

“Dia belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Bagaimanapun rakan sepasukan yang lain sudah bersedia untuk berjuang demi kejayaan pasukan, “katanya.

Namun beliau berkata, Perak FC perlu mengutip mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta liga .

“Kami baru mengutip enam mata setakat ini dan perlu mengutip mata penuh malam ini untuk mengukuhkan kedudukan. Saya berdoa mereka berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.