Penyertaan LDP, PHRS perkukuh kedudukan GRS

Penyertaan LDP, PHRS perkukuh kedudukan GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penyertaan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) akan memperkukuhkan lagi kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Lee Kuok Tiung berkata, penyertaan dua lagi parti lokal ke dalam GRS membolehkan parti itu menjadi sebuah perikatan parti politik tempatan sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, penerimaan kedua-dua parti itu dibuat melalui proses penilaian yang inklusif dalam tempoh yang agak panjang.

Keputusan menerima kemasukan LDP dan PHRS itu dibuat melalui jawatankuasa penilaian yang terdiri daripada wakil daripada semua parti-parti komponen GRS sedia ada.

“Malah, kita sedia maklum ada beberapa parti lain memohon menyertai GRS sebelum ni tetapi, parti-parti itu tidak disebutkan dalam pengumuman semalam.

“Meskipun LDP tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan hanya ada satu ADUN dari PHRS namun, penyertaan dua parti lokal ini sudah pasti akan memperkukuhkan kedudukan GRS,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua parti tersebut mampu membawa nilai tambah kepada GRS tanpa mencetuskan persengketaan atau perseteruan bagi berhadapan pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Kuok Tiung berkata, setiap parti komponen GRS pada dasarnya mempunyai niche masing-masing dan mereka akan saling melengkapi untuk menjadi sebuah gabungan yang kuat menjelang PRN Sabah.

Semalam, Setiausaha GRS, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan Majlis Tertinggi GRS secara sebulat suara bersetuju untuk menerima permohonan LDP dan PHRS untuk menyertai GRS.

Dengan penyertaan dua parti tersebut, GRS yang mula didaftar secara rasmi pada Mac 2022 itu kini mempunyai tujuh parti komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), LDP dan PHRS.

Pembentukan GRS bermula pada September 2020 iaitu semasa PRN Sabah bagi menentang parti kerajaan pada masa itu iaitu Warisan Plus yang merangkumi Parti Warisan (Warisan), Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Pada awalnya, GRS disertai oleh Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh Bersatu, STAR, SAPP dan Barisan Nasional (BN) yang merangkumi UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta PBS. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya