HULU TERENGGANU: Syawal yang bakal menjelma bagaikan tiada kemeriahan dan dirasakan suram bagi seorang ibu tunggal di sini yang kini terlantar atas katil setelah disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat sejak Mei tahun lalu. Noorain Farhanah Abdul Ghani, 36, dari Felda Tersat, Ajil di sini yang merupakan seorang pensyarah di politeknik terpaksa bergantung lampin pakai buang dan dijaga sepenuhnya oleh ibu, Senah Mat Zin, 72. Menurutnya, kanser yang dihidapnya…