Peniaga songkok tarik nafas lega jualan bertambah

Peniaga songkok tarik nafas lega jualan bertambah

MOHAMED Iman Hakim menyusun kopiah yang dijual di kedainya di Kompleks Bazar El-Medinah, Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketika peniaga biskut dan baju raya mengeluh jualan agak perlahan namun, peniaga songkok dan kopiah dapat menarik nafas lega kerana sentiasa ada pelanggan.

Mohamed Iman Hakim, 21, berkata, biarpun pelanggan tidak seramai seperti tahun lalu namun, jualan songkok dan kopiah di kedai mereka masih baik.

Malah, ada pelanggan yang membeli songkok dan kopiah sebelum masuk bulan Ramadan mungkin persediaan awal menjelang Aidilfitri.

“Ramai yang beli songkok, kopiah dan tudung lebih awal sebab harganya lebih murah berbanding baju raya. Selepas kakitangan awam terima gaji barulah pelanggan mula membeli baju melayu dan kurta,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, pelanggan sedikit berkurang mungkin disebabkan sudah banyak butik yang menjual baju raya di sekitar bandaraya ini. Malah, ada juga bazar yang dibuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Berbeza dengan Iman, peniaga baju batik berhadapan dengan kesukaran untuk menghabisan jualan pada Aidilfitri kali ini.

Abdul Sarip Usman,23, berkata, baju batik Indonesia yang dijual di kedai mereka biasanya mendapat perhatian dan dibeli oleh pelanggan tapi, sekarang pelanggan hanya datang tengok-tengok sahaja.

“Kami buka tiga cawangan termasuk di pasar malam tapi, semua cawangan pun tidak banyak baju yang terjual. Sampai kami pun tertanya-tanya apa sebab tidak ramai pelanggan yang membeli baju raya. -utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN