Penghantar surat syarikat insurans mengaku salah miliki video lucah kanak-kanak - Utusan Malaysia

Penghantar surat syarikat insurans mengaku salah miliki video lucah kanak-kanak

WAN Azhar Wan Ismail (tengah) yang dituduh memiliki video lucah kanak-kanak di dalam komputer riba miliknya dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Padah memiliki video lucah kanak-kanak di dalam komputer riba miliknya, seorang lelaki didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Azhar Wan Ismail, 57, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Wan Azhar yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat insurans turut berdepan hukuman penjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengakses dan memiliki suatu bahan pornografi iaitu rakaman video lucah kanak-kanak di dalam simpanan komputer riba.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini, 9.30 malam, 6 April lalu dan didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd. Ali manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya