PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawai kepada menteri ditahan bagi siasatan membabitkan pengambilan pekerja asing.
Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pegawai yang bertugas di bahagian tugas-tugas khas itu direman semalam sehingga Isnin ini.
Kata sumber itu, selain pegawai berkenaan turut ditahan iaitu seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan.
“Ya, kedua-dua mereka telah ditahan reman sejak semalam sehingga 17 April ini bagi siasatan lanjut.
“Penahanan itu dilakukan mengikut Seksyen 16 atau Seksyen 17 Akta SPRM bergantung kepada hasil keterangan,” jelas sumber itu. – UTUSAN